fbpx

Terma & Syarat

DROPSHIP WITH ORGGA

    1. Pendaftaran untuk menjadi agen dropship Orgga adalah percuma.
    2. Anda dibenarkan untuk terus menjual produk ORGGA kepada pelanggan secara online atau offiline
    3. Harga jualan produk Orgga mestilah mengikut senarai harga seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Orgga HQ.
    4. Anda dibenarkan menggunakan nama ORGGA di akaun sosial media Dropship anda dengan syarat, nama anda diletakkan selepas nama ORGGA. Sebagai contoh: Orgga.Linda , Orgga_perlis, OrggaJulia. Anda tidak dibenarkan menggunakan nama yang menggambarkan akaun HQ, sebagai contoh:- Orgga HQ, Orgga Official, Orgga Skincare, Orgga Worldwide dan seterusnya.
    5. Sebarang pemulangan atau pertukaran barang oleh pihak pelanggan tidak dibenarkan, kecuali untuk kes-kes yang dipersetujui oleh pihak Orgga HQ sahaja. Wang tidak akan dikembalikan.
    6. Untuk mengekalkan status akaun Dropship anda, anda dikehendaki membuat jumlah jualan minima bulanan sebanyak RM 200.
    7. Akaun Dropship akan dibatalkan sekiranya :-
      • Anda gagal membuat jumlah jualan minima bulanan selama 3 bulan berturut-turut.
      • Anda didapati menjual produk Orgga dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang telah ditetapkan oleh HQ.
      • Anda didapati melakukan penipuan kepada pelanggan anda dan HQ.
    8. Semua gambar, brochure dan maklumat akan diberikan melalui email atau anda boleh terus merujuk ke website Orgga di www.orgga.my
    9. Harga Produk Orgga berkemungkinan berubah dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada website/Instagram/facebook rasmi Orgga untuk maklumat terkini.
    10. Pembelian hanya boleh dibuat melalui website kami – https://orgga.my/shop/. Pembelian melalui whatsapp/email/akaun social media tidak akan diproses.
    11. Order hanya akan diproses dan dipos apabila bayaran sudah diterima.
    12.  Order akan dipos menggunakan POS LAJU pada hari isnin hingga jumaat sahaja. Jadual penghantaran adalah seperti berikut:-
      • Sebelum 2pm – Pos hari yang sama.
      • Selepas 2pm – Pos keesokan hari bekerja.
    13. Kos penghantaran untuk semenanjung Malaysia ialah rm7, Sabah & Sarawak rm11. Untuk penghantaran ke luar negara, anda dikehendaki berhubung dengan pihak HQ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut. Untuk pembelian terkumpul berjumlah rm250 (dan keatas), kos penghantaran adalah PERCUMA.
    14. Jadual di bawah adalah struktur harga dropship untuk panduan anda (harga di dalam Ringggit Malaysia (RM). Margin keuntungan adalah sebanyak 15% untuk setiap produk:-
    15. Keuntungan/komisyen anda akan dibayar kepada anda pada hari Jumaat setiap minggu, melalui pindahan wang ke akaun bank yang telah anda daftarkan dengan Orgga HQ.
    16. Anda dinasihatkan untuk menjalankan bisnes anda dengan penuh beretika, dan anda juga dikehendaki untuk sentiasa menjaga status dan nama baik jenama ORGGA.

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, email kami di dropship@orgga.my atau call/whatsapp ke +6011 6560 2882 / +6017 878 5854. Kami sedia membantu anda bagi memastikan semua proses berjalan lancar.

 

Be gorgeous By Nature,

Team DROPSHIP WITH ORGGA.